PROGRAM KEBITARAAN TENIS SK KUALA BERANG

          Pada 10 Mac 2012 yang lalu, Pihak pentadbiran SK Kuala Berang yang diketuai oleh Guru Besar, En. Ahmad Fuad bin Zakaria di iringi oleh GPK Pentadbiran, Pn. Aminah bt Ismail, GPK Kokurikulum, Pn. Norizan bt Daud dan Penyelaras Kokurikulum, En Mohd Alam bin Abdullah telah mengadakan lawatan ke Stesen Janakuasa Hidro Kenyir untuk berjumpa dengan Pengurus Besar TNB Hidro Kenyir iaitu En. Azhar bin Yunus. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk membincangkan mengenai Program Kebitaraan Permainan Tenis SK Kuala Berang.


 Bergading tenaga ke arah kecemerlangan
Encik Ahmad Fuad Zakaria Guru Besar SK Kuala Berang sedang berbincang
dengan Encik Azhar Yunus  Pengurus Besar TNB Hidro Kenyir


Puan Aminah Ismail Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Puan Norizan Daud Guru Penolong Kanan Kokurikulum sedang berbincang mengenai Program Kebitaraan Permainan Tenis di Pejabat Pengurus Besar TNB Hidro Kenyir.


No comments: