PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG

Dengan tema "Guru Disayangi Murid Dikasihi" 'Kehadiranmu Impianku', Program Guru Penyayang peringkat Sekolah Kebangsaan Kuala Berang telah dilancarkan dengan jayanya oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Fuad bin Zakaria, Tuan Guru Besar. 
Bermula dengan ucapan aluan pengacara majlis, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Fuad bin Zakaria.  Majlis perasmian yang berlangsung secara ringkas ini membawa makna mendalam kepada semua murid dan guru yang diraikan iaitu murid-murid dan guru-guru yang dilahirkan sepanjang bulan Januari sehingga bulan Mei. 
Selesai ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada semua yang diraikan sebelum upacara memotong kek oleh wakil murid dan wakil guru.  Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Hagia Sofia bin Mohd dan sesi bergambar kenangan.

Murid-murid berkumpul di dewan sekolah

Ucapan perasmian Program Guru Penyayang oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Fuad biin Zakaria - Guru Besar

Penyampaian cenderahati

Murid yang diraikan menerima hadiah daripada Tuan Guru Besar

Cikgu Rafie Abd Manan menerima cenderahati

Puan Aminah Ismail ( GPK I ) menerima cenderahati kelahiran

Puan Khayati Abdullah

Wakil murid memotong kek hari lahir

Wakil guru memotong kek hari lahir

No comments: