KUNJUNGAN TUAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH HULU TERENGGANU

Ahad, 1 Julai 2012, merupakan satu tarikh penuh makna buat semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Kuala Berang apabila telah menerima kunjungan daripada Yang Berbahagia Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.  Beliau tiba di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang pada jam 8.20 pagi.  Walaupun pada awalnya kunjungan beliau ke SK Kuala Berang hanyalah untuk berjumpa calon-calon UPSR, tetapi memandangkan waktu perhimpunan belum berakhir, beliau sempat berkongsi sebuah cerita penuh bermakna untuk renungan bersama.
Kisah yang beliau sampaikan adalah mengenai seorang insan yang kehilangan kedua-dua tangan dan kaki tetapi tetap meneruskan kehidupan dengan tekad untuk berjaya.  Semua murid Sekolah Kebangsaan Kuala Berang yang berada dalam perhimpunan tersebut mendengar dengan penuh perhatian dan suasana dewan bertukar menjadi sunyi sepi.  Sesungguhnya kisah tersebut boleh dijadikan teladan buat semua.
Berakhir perhimpunan, Yang Berbahagia Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu meluangkan masa selama lebih kurang 45 minit bersama semua calon UPSR SK Kuala Berang di dalam perpustakaan.  Sepanjang sesi berlangsung, beliau berkongsi misi dan visi yang telah ditetapkan oleh PPDHT untuk mencapai kegemilangan dalam peperiksaan UPSR yang bakal diduduki dalam bulan September nanti.  Harapan beliau, agar semua calon UPSR SK Kuala Berang dapat bersama-sama berusaha bagi memastikan misi yang telah ditetapkan dapat dicapai.
Beliau juga turut menyelitkan beberapa tip berguna yang boleh digunakan oleh semua calon UPSR dalam memastikan kejayaan bersama mereka.
Yang Berbahagia Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, PPDHT, berkongsi cerita
dalam majlis perhimpunan pagi

Guru-guru SK Kuala Berang mendengar cerita yang disampaikan oleh
Yang Berbahagia Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, PPDHT

Calon-calon UPSR SK Kuala Berang, menanti kehadiran Tuan Pegawai Pelajaran Daerah
di perpustakaan

Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu dalam sesi perkongsian
bersama calon-calon UPSR SK Kuala Berang

Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu bersama Guru Besar SK Kuala Berang

Mendengar dengan tekun setiap bicara daripada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

Yang Berbahagia Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu
Buat Yang Berbahagia Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, terima kasih atas kunjungan tuan ke SK Kuala Berang.  Sesungguhnya, semua calon UPSR dan guru SK Kuala Berang tahu bahawa kami tidak berjuang bersendirian dan sentiasa mendapat sokongan daripada tuan.  TERIMA KASIH SETINGGI BUDI, INGATAN TUAN KAMI HARGAI...

No comments: