Kejohanan Hoki Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2012

Kejohanan Hoki bawah 12 Tahun peringkat Daerah Hulu Terengganu telah berlangsung di Padang SK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang pada 9 dan 10 Februari 2012.
Sebanyak 4 pasukan yang bertanding termasuklah SK Kuala Berang. Pasukan SK Kuala Berang yang baru diperkemaskan pasukannya telah berjaya menunjukkan permainan yang memberansangkan. Pada perlawanan pertama, pasukan SKKB telah Berjaya mengalahkan pasukan SK Tanggol 1 gol tanpa balas. Gol dijaringkan oleh ketua pasukan iaitu M.Alisyalisham. Namun kerana kurang berpengalaman SKKB telas tewas dalam perlawanan yang seterusnya. Namun begitu pasukan ini telah menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun masih awal penyertaan dalam kejohanan ini.

Belakang - Dari Kiri: M.Aniq, Akil Hasif, Husaini, M.Alif Fakhruddin, Amirul, Abdullah Al-Amin, Hambal.
Depan - Dari kiri : Danish, M.Akram, M.Aqib ,dan M.Rais.
Tiada dalam Gambar : M.Aliffsyamlisham.


Warming-Up
Diketuai oleh Ketua Pasukan.


Taklimat oleh Jurulatih Encik Rizal bin Salleh


Info Pasukan:

Buat pertama kali SKKB menyertai Kejohanan Hoki Peringkat Daerah. Atas kesungguhan jurulatihnya yang banyak meluangkan masa melatih pasukan ini dan hasilnya sungguh membanggakan. Tahniah dan Syabas di ucapkan.

Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2012

Pada tanggal 18 Februari 2012, Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu bersama dengan Pejabat Daerah Hulu Terengganu serta badan-badan NGO telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah bermula jam 7.30 pagi hingga 12 .00 tengahari.
        Kontinjen SK Kuala Berang turut serta mengambil bahagian dalam acara ini. Dengan disertai oleh 40 orang murid dan 8 orang guru pengiring telah berarak dari padang Bola Kg Butut ke Padang Astaka Pekan Kuala Berang yang jaraknya kira-kira hampir 6 Km.
        Walaupun perjalanan yang agak jauh bagi murid-murid sekolah rendah, namum mereka tetap bersemangat. Syabas dan tahniah kepada kontinjen ini.

Kelihatan Encik Zulazwan Hindong , guru pengiring Kontinjen Sekolah 
sedang mengepalai selawat bersama-sama pelajar.


Peneraju utama Puan Khadijah Muhamad dan Ketua Kontinjen Encik Rospi Abu Bakar mengiringi murid-murid semasa perarakan di Pekan Kuala Berang.


Perarakan tamat di Padang Astaka Kuala Berang. Kelihatan murid-murid tekun menanti keputusan perarakan. GPK Kokurikulum dan Encik Rizal turut menanti keputusan.

Kejohanan Bola Tampar Peringkat KDSR2 Tahun 2012

Pasukan Sekolah Kebangsaan Kuala Berang telah menyertai Kejohanan Bola Tampar Peringkat KDSR2 yang berlangsung di SK Kuala Dura pada 29 hingga 30 Januari 2012. Tahniah kepada pasukan sekolah kerana berjaya menunjukkan kejayaan yang memberangsangkan dengan mendapat tempat ke 3 & 4. Terima kasih kepada semua  jurulatih iaitu Encik Zulazwan, Encik Rafie, Teacher Adelina dan Jawatankuasa Bola Tampar.

Kategori Lelaki ( Tempat ke - 4 )

Belakang - Dari kiri : M. Aqib, M. Aniq, M. Alisyalisham, M. Adha, M. Amiruddin
Depan - Dari kiri : M. Akil Hasif, M. Arsyaad, Che Azlan, M. Rais, M. Aqil
Pengurus Pasukan : En. Muhammad Ros bin Mohd
Jurulatih Pasukan : En. Zulazwan bin Hindong dan En. Rafie bin Abd Manan


Kategori Perempuan ( Tempat ke - 3 )

Belakang - Dari kiri : Nur Syazana, Aisya, W. Nor Adrina, Aqilah, Afifah, Nadhirah.
Depan - Dari kiri : Fitriyah, Siti Aisyah, Nur Shafiqah, Semek, Dhia, Syamila.
Pengurus Pasukan : En. Muhammad Ros bin Mohd
Jurulatih Pasukan : Pn. Adelina Hannani bt Abdullah dan En. Rafie bin Abd Manan.

Info Pasukan:

Pasukan Bola Tampar  lelaki dan perempuan ini diwakili oleh murid-murid tahun 6 dan 5. Ini bermakna pasukan ini telah mempunyai barisan pelapis untuk tahun 2013. Satu langkah yang bijak oleh Pengurus pasukan dan para jurulatih. Semoga tahun 2013 pasti lebih berjaya kerana Sekolah Kebangsaan Kuala Berang telah diberi peluang menggunakan Gelanggang Bola Tampar Kuarters Guru SK Kuala Berang untuk latihan sebelum kejohanan bermula.                                                          

Mesyuarat Agung PIBG SK Kuala Berang Kali ke-31 Tahun 2012

Para ibubapa dan Guru saling bertukar pendapat


Pada 28 Januari 2012 yang lepas, satu mesyuarat agung PIBG kali ke-31 telah diadakan di Dewan SK Kuala Berang. Mesyuarat itu bermula seawal jam 08.00 pagi dan dirasmikan oleh ADUN Kuala Berang, Tuan Haji Mohd Zawawi bin Haji Ismail PJK. AMN.


Pengerusi PIBG memberi ucapan alu-aluan


Antara agenda mesyuarat adalah mengesahkan minit mesyuarat, pembentangan laporan tahunan, membentangan penyata kewangan yang berakhir 31 Disember 2011, memilih AJK yang baru untuk sesi 2012 - 2014, memilih Pemeriksa Kira-kira, pembentangan bayaran tambahan PIBG dan ucapan penangguhan.


Guru Besar memberi ucapan penghargaan


Seperti dalam mesyuarat agung yang sebelumnya, jumlah kehadiran ibubapa masih di tahap yang rendah walaupun telah di ubah pada hari Sabtu. Pelbagai usul telah dibentang semasa mesyuarat ini, antaranya semua pihak bersetuju sebulat suara agar kutipan RM20 setiap keluarga sumbangan PIBG untuk menbaikpulih surau sekolah dikekalkan. Mesyuarat juga mengusulkan bayaran tambahan PIBG untuk persekolahan 2012. Mesyuarat ini juga telah membuat keputusan melantik AJK PIBG yang baru untuk Sesi 2012 - 2014.

Ucapan perasmian dari YB ADUN Kuala Berang

Diantara intipati ucapan perasmian ADUN Kuala Berang ialah agenda utama setiap ibubapa adalah mendidik anak-anak dan ibubapa seharusnya memainkan peranan masing-masing dan berusaha menghadirkan diri dalam mesyuarat yang melibatkan anak-anak. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Guru Besar dan pihak PIBG kerana berjaya mengadakan mesyuarat lebih awal berbanding sekolah-sekolah sekitar.


Beliau juga berkata bagi memastikan SK Kuala Berang berada ditempat pertama, usaha berterusan dari semua pihak perlu terus digembleng. Pihak PIBG juga perlu membantu pihak sekolah mengekalkan kecemerlangan sekaligus menarik minat ibubapa yang lain menghantar anak-anak mereka ke SK Kuala Berang. Beliau juga menyatakan program Kelas Maya 1 Dun 1 Sekolah akan dibuat. Diakhir kata, beliau mengharapkan kerjasama yang padu dan utuh dari pihak ibubapa dan pihak sekolah di tingkatkan dalam memastikan SK Kuala Berang terus melahirkan pelajar yang berjaya.

Aktiviti Kokurikulum SK Kuala Berang 2012

Kegiatan Kokurikulum SK Kuala Berang berlangsung seperti biasa setiap hari Selasa bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Semua guru terlibat mengikut unit masing-masing. Pada 7 Februari 2012, pihak pengurusan telah membuat pemantauan dan hasilnya amat memuaskan. Kehadiran murid dan guru amat baik.

Puteri Islam

Persatuan Bulan Sabit Merah 

Pengakap

Tunas Puteri

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2012

Pelajar berhimpun di Dewan Sekolah

SKKB - 3 Jan  SK Kuala Berang memulakan sesi persekolahan pada 2012 dengan mengadakan perhimpunan pertama pada tahun ini di Dewan SK Kuala Berang tepat jam 07.30 pagi. Para pelajar kelihatan begitu teruja untuk memulakan sesi persekolahan yang baru dengan mengenakan sepersalinan pakaian serba baru.

       Guru Besar, En. Ahmad Fuad bin Zakaria

      Perhimpunan dimulakan dengan menyanyikan 3 buah lagu tema iaitu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu Sekolah diikuti bacaan Asmaul Husna. Perhimpunan itu juga diserikan lagi dengan ucapan-ucapan dari GPK Pentadbiran, GPK Hal Ehwal Murid, GPK Kokurikulum dan kemuncaknya ucapan dari Guru Besar, En. Ahmad Fuad bin Zakaria. Antara intipati ucapan Guru Besar ialah menbina azam yang baru dan realistik, menjadikan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan mengekalkan kecemerlangan yang dicipta dalam UPSR.


      Lawatan dari pihak PPDHT

  Pada hari pertama persekolahan ini juga, SK Kuala Berang telah menerima kunjungan dari wakil Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Terengganu (PPDHT), En. Rashid bin Taib yang datang memantau proses Pembelajaran dan Pengajaran (P & P) dan bertanyakan beberapa soalan kepada guru dan Unit Pentadbiran.