Pertukaran Pembantu Tadbir

Encik Mansor bin Jaafar, pembantu tadbir Sekolah Kebangsaan Kuala Berang yang sangat komited dengan tugasan beliau, telah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Cheting berkuatkuasa 1 Julai 2012.  Setelah hampir 6 tahun bertugas di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang dan menjalankan tugas dengan sangat cemerlang, beliau akhirnya menerima arahan pertukaran.  Bagi seluruh warga Sekolah Kebangsaan Kuala Berang, pertukaran beliau adalah sesuatu yang menyedihkan dan sukar diterima pada mulanya.  Apapun, sebagai seorang pegawai kerajaan yang menurut perintah, warga SK Kuala Berang menerima pertukaran beliau dengan hati terbuka.  Tempat beliau telah digantikan oleh Puan Melati binti Ngah, pembantu tadbir dari Sekolah Kebangsaan Langgar.  Semoga Encik Mansor bin Jaafar terus berjaya di tempat baru dan didoakan semoga kerjaya beliau semakin cemerlang. 
Encik Mansor bin Jaafar - Pembantu Tadbir

Lawatan Bermotivasi Ke SMK Lembah Bidong

Sesi bergambar bersama Puan Pengetua dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Sesi taklimat dalam Bilik Mesyuarat

Puan Hajah Sa'adiah Morshidi, Pengetua Cemerlang LeBEST

Sesi penerangan

Ucapan wakil rombongan SK Kuala Berang

Sesi pertukaran cenderahati

Sesi pertukaran cenderahati

Penerangan dalam Bilik Aeronautic

Bersama kapal terbang mini yang dicipta

Bergambar kenangan dengan hasil Kelab Aeronautic
Di Bilik Marching Band

Cikgu Mohd Ros mencuba salah satu alat muzik

Menunggu makanan

Gambar-gambar di atas adalah gambar-gambar yang telah dirakamkan sepanjang lawatan bermotivasi ke SMK Elit Lembah Bidong, Setiu, Terengganu pada 9 Julai 2012.  Rombongan calon-calon UPSR daripada SK Kuala Berang telah diberi penerangan oleh Puan Hajah Sa'adiah binti Morshidi, Pengetua Cemerlang SMK Elit Lembah Bidong ( LeBEST ) tentang pencapaian-pencapaian hebat pelajar-pelajar LeBEST.
Calon-calon UPSR 2012 SK Kuala Berang dibawa melawat sekitar kawasan sekolah setelah selesai sesi taklimat oleh pengetua.  Bilik Aeronautic adalah bilik yang sangat dinantikan untuk dilawati oleh rombongan SK Kuala Berang kerana ia adalah bilik yang menonjolkan kelainan dan kehebatan LeBEST sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi.  Dalam bilik ini ditempatkan kapal-kapal terbang mini yang dihasilkan sendiri oleh pelajar-pelajar di sini di bawah bimbingan guru Kelab Aeronautic.
Selama hampir 3 jam berada di sekolah ini, pelbagai ilmu telah dikongsi bersama dan ia amat dihargai kerana mampu menaikkan semangat calon-calon UPSR SK Kuala Berang dalam usaha mencapai kejayaan.
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua dan seluruh warga LeBEST atas sambutan yang diberikan.

HARI TEMU MURNI

2 Julai 2012, Isnin...menjadi saksi pertemuan antara ibu bapa dan para guru Sekolah Kebangsaan Kuala Berang dalam usaha memantapkan perkembangan pembelajaran anak-anak.  Acara yang telah dijadikan sebagai salah satu acara tahunan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila hampir 98% ibu bapa menghadirkan diri untuk bertemu dengan guru-guru yang mengajar anak masing-masing.
Acara bermula dengan pendaftaran ibu bapa pada jam 9.30 pagi.  Sesi pertama berlangsung di dewan sekolah tepat jam 10.15 pagi dimulakan dengan bacaan doa diikuti ucapan Guru Besar dan ucapan perasmian.  Pada tahun ini, Hari Temu Murni Sekolah Kebangsaan Kuala Berang telah dirasmikan oleh Encik Baharu bin Abdul Ghani, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
Selesai ucapan perasmian, Encik Baharu bin Abdul Ghani telah menyampaikan hadiah kepada murid terbaik OTI 2 iaitu Nurul Najihah binti Azha.  Nurul Najihah telah berjaya mendapat 5A dalam OTI 2, 12 A daripada 14 subjek keseluruhan dan terbaik kelas 6 Al-Falah. 
Berakhir upacara penyampaian hadiah, para ibu bapa mula bergerak ke kelas anak masing-masing untuk sesi temu murni bersama guru-guru mengikut kelas.  Bagi kelas tahun 6, sesi temu murni ini berlangsung di dewan sekolah.
Buat para ibu bapa yang sudi hadir, terima kasih daripada pihak Sekolah Kebangsaan Kuala Berang dan semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.

Tinggi sungguh bulan di awan,
Jauh hingga tak tergapai tangan,
Terima kasih atas kehadiran,
Semoga tercapai maksud tujuan.

Di bawah adalah gambar-gambar yang telah dirakamkan sepanjang majlis berlangsung.
















KUNJUNGAN TUAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH HULU TERENGGANU

Ahad, 1 Julai 2012, merupakan satu tarikh penuh makna buat semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Kuala Berang apabila telah menerima kunjungan daripada Yang Berbahagia Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.  Beliau tiba di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang pada jam 8.20 pagi.  Walaupun pada awalnya kunjungan beliau ke SK Kuala Berang hanyalah untuk berjumpa calon-calon UPSR, tetapi memandangkan waktu perhimpunan belum berakhir, beliau sempat berkongsi sebuah cerita penuh bermakna untuk renungan bersama.
Kisah yang beliau sampaikan adalah mengenai seorang insan yang kehilangan kedua-dua tangan dan kaki tetapi tetap meneruskan kehidupan dengan tekad untuk berjaya.  Semua murid Sekolah Kebangsaan Kuala Berang yang berada dalam perhimpunan tersebut mendengar dengan penuh perhatian dan suasana dewan bertukar menjadi sunyi sepi.  Sesungguhnya kisah tersebut boleh dijadikan teladan buat semua.
Berakhir perhimpunan, Yang Berbahagia Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu meluangkan masa selama lebih kurang 45 minit bersama semua calon UPSR SK Kuala Berang di dalam perpustakaan.  Sepanjang sesi berlangsung, beliau berkongsi misi dan visi yang telah ditetapkan oleh PPDHT untuk mencapai kegemilangan dalam peperiksaan UPSR yang bakal diduduki dalam bulan September nanti.  Harapan beliau, agar semua calon UPSR SK Kuala Berang dapat bersama-sama berusaha bagi memastikan misi yang telah ditetapkan dapat dicapai.
Beliau juga turut menyelitkan beberapa tip berguna yang boleh digunakan oleh semua calon UPSR dalam memastikan kejayaan bersama mereka.
Yang Berbahagia Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, PPDHT, berkongsi cerita
dalam majlis perhimpunan pagi

Guru-guru SK Kuala Berang mendengar cerita yang disampaikan oleh
Yang Berbahagia Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, PPDHT

Calon-calon UPSR SK Kuala Berang, menanti kehadiran Tuan Pegawai Pelajaran Daerah
di perpustakaan

Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu dalam sesi perkongsian
bersama calon-calon UPSR SK Kuala Berang

Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu bersama Guru Besar SK Kuala Berang

Mendengar dengan tekun setiap bicara daripada Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu

Yang Berbahagia Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu
Buat Yang Berbahagia Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, terima kasih atas kunjungan tuan ke SK Kuala Berang.  Sesungguhnya, semua calon UPSR dan guru SK Kuala Berang tahu bahawa kami tidak berjuang bersendirian dan sentiasa mendapat sokongan daripada tuan.  TERIMA KASIH SETINGGI BUDI, INGATAN TUAN KAMI HARGAI...