Adik Mizwar Johan Larian KOBER RUN 2015


PERTANDINGAN KOBER RUN 2015
Anjuran Politeknik Hulu Terengganu
dengan kerjasama
DUN Telemong, Dun Kuala Berang & Parlimen Hulu Terengganu

Tarikh : 28 Februari 2015

Kategori A (Sekolah Rendah Lelaki) 

Johan : Mizwar Haziq bin Mohd Noor (SK Kuala Berang)
Keempat : Muhammad Haizaq bin Razali (SK Kuala Berang)

Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Negeri Terengganu 2015


PERKHEMAHAN BADAN-BADAN BERUNIFORM
Sekolah Rendah (Lelaki)
Peringkat Negeri Terengganu 2015


SK Kuala Berang Johan Pertandingan Acara Masakan Rimba

SKKB mengungguli NILAM daerah Hulu Terengganu

SK Kuala Berang menjadi johan dalam pemilihan tokoh NILAM kategori Bahasa Inggeris yang berlangsung pada 16 Februari 2015 bertempat di PKG Kuala Berang. Tahniah diucapkan kepada adik Aisyah Jaheera daripada kelas 6 Al-Falah atas kejayaan tersebut. Semoga Aisyah Jaheera berjaya ke peringkat yang seterusnya.


Kejohanan Bola Baling MSSDHT

KEJOHANAN BOLA BALING MSSDHT 2015
Tarikh : 12-13 Februari 2015
Tempat : SK Tok Randok

Keputusan :

Lelaki Bawah 12 Tahun         : SK Kuala Berang (Johan)
Perempuan Bawah 12 Tahun : SK Kuala Berang (Naib Johan)

Adik Nabil Juara Kejohanan Ping Pong MSST


Tahniah...... Adik Nabil Mukhlis menjadi johan dalam kejohanan ping pong peringkat MSST yang berlangsung di SMK Bukit Kuang, Kemaman pada 12-14 Februari. Nabil menjuarai kejohanan tersebut dalam acara perseorangan dan juga beregu. Adik Nabil akan mewakili Terengganu dalam kejohanan ping pong peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada april nanti.

Majlis Permuafakatan Bersama Ibu Bapa Tahun 6


10 Februari 2015, SK Kuala Berang bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah mengadakan Majlis Permuafakatan Bersama Ibu Bapa Tahun 6 serta Majlis Pelancaran Program Kecemerlangan UPSR. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh En. Alias bin Ismail, Pegawai SIC Plus (Bahasa Malaysia) PPD Hulu Terengganu. Antara objektif program tersebut adalah untuk menyampaikan maklumat serta berkongi pengalaman bersama ibu bapa dalam melonjakkan prestasi UPSR SK Kuala Berang.