Kem Kecemerlangan UPSR 2015


Kecemerlangan dalam UPSR menjadi nadi utama bagi SK Kuala Berang, Untuk itu satu Kem Kecemerlangan UPSR telah diadakan pada 26-28 Mac 2015 bertempat di Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu. Antara objektif utama kem tersebut ialah memberi pendedahan kepada murid berkaitan kaedah serta teknik menjawab soalan UPSR. Kem tersebut telah dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman yang merupakan pemeriksa kertas UPSR negeri Terengganu. Terima kasih kepada semua yang terlibat..........

SK Kuala Berang Bakal Mengorak Langkah Ke SBT


5 Mac 2015, SK Kuala Berang telah telah dihakimi oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK) KPM, dalam membuat verifikasi SBT. SK Kuala Berang satu-satunya sekolah di Terengganu yang terpilih dalam pencalonan tersebut. Ucapan tahniah kepada seluruh warga sekolah atas kerjasama yang diberikan sepanjang persediaan serta persiapan untuk verifikasi tersebut. Doakan kejayaan kami......