Info Sekolah

Nama Sekolah
Sekolah Kebangsaan Kuala Berang
(Kod Sekolah : TBA 5001)

Alamat
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu
Terengganu

No. Telefon
09 6811316

No. Fax
09 6811367


E-Mel
TBA5001@moe.edu.my


Laman Blog Rasmi
http://www.skkualaberang.blogspot.com/


DUN
Kuala Berang


PARLIMEN
Hulu Terengganu


Visi

   SKKB MAMPAN 2014

Misi 

 MELAKSANAKAN PENDIDIKAN BESTARI BAGI MEREALISASIKAN:

SIFAR BUTA HURUF DI TAHAP 2
KEMAHIRAN DALAM MENEROKA SERTA MENGUASAI ILMU PENGETAHUAN ADA   PADA SETIAP MURID TAHAP 2
KEBERKESANAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI SEMUA PERINGKAT. KUALITI DAN KUANTITI LULUS DALAM UPSR SENTIASA MENINGKAT
BERKEMAHIRAN MENDIRIKAN SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN DI KALANGAN SEMUA MURID TAHUN 2 HINGGA TAHUN 6
HALA TUJU DAN MATLAMAT YANG JELAS SERTA SEPAKAT DI KALANGAN SEMUA WARGA SEKOLAH DAN WARIS
TIADA SEBARANG SALAHLAKU DISIPLIN DI KALANGAN SEMUA WARGA SEKOLAH


Motto 

   Rajin dan Usaha


Slogan

   Sekolah Kita Kebanggaan Bersama


Piagam Pelanggan


KAMI, WARGA KERJA SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA BERANG, DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM, BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENGGEMBELENG SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK;
  • Mengutamakan konsep pendemokrasian pendidikan agar setiap murid mendapat hak yang saksama dan layanan yang adil

  • Memastikan semua murid dapat memulakan pembelajaran pada waktu pertama pada hari persekolahan

  • Setiap murid dibekalkan buku teks sebelum atau pada hari pertama sesi persekolahan

  • Memastikan semua murid yang layak, mendapat peluang menyertai aktivit kokurikulum dan aktiviti-aktiviti lain yang seumpamanya

  • Bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina dari semua pihak untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan bagi mencapai kecermelangan jasmani, emosi, rohani dan intelek murid

  • Memberikan layanan yang mesra dan semerta kepada mana-mana pihak yang berurusan dengan pihak sekolah

Lagu

Sekolah Kebangsaan Kuala Berang
Sanjungan dan Kebanggaanku
Guru Bestari Tekun Berbakti
Menyebar Ilmu Tiada Henti

Sekolah Kebangsaan Kuala Berang
Namamu Ku Julang Dihati
Demi maruah Kami Berjanji
Wawasan Negara Pasti Dipenuhi

Cemerlang........Gemilang..............Terbilang

 

Logo

Bendera Sekolah